Wednesday, 24 June 2015

Maklumat Tentang Orang Utan

Orang Utan merangkumi dua spesis Hominidae yang tinggal di Asia Tenggara terutama sekali di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah satu-satunya spesis Mawas bukan Manusia yang tinggal di luar Afrika yang masih hidup. Orang Utan pernah diklasifikasikan sebagai satu spesies akan tetapi sejak tahun 1996, mereka telah dibahagikan kepada dua spesies iaitu Orang utan Borneo (Pongo pygmaeus) dan Orang utan Sumatera (Pongo abelii). Tambahan pula, Orang Utan Borneo dibahagikan kepada 3 subspesies. Orang Utan Borneo dan Orang Utan Sumatra terpisah kira-kira 400,000 tahun dahulu. Kedua-dua spesies Orang Utan ini adalah satu-satunya spesies yang masih hidup dalam genus Ponginae yang termasuk Gigantopithecus, iaitu spesies Hominidae terbesar pernah hidup. Nenek moyang Ponginae terpisah dari Hominidae Afrika (iaitu Gorila, Cimpanzi dan Manusia) kira-kira 19 juta tahun dahulu.

Orang Utan ialah spesies Hominidae (Mawas) yang paling arboreal dan banyak menghabiskan masa di atas pokok. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan berbanding Cimpanzi dan Gorila yang mempunyai bulu kehitaman atau coklat. Orang Utan jantan dan betina berbeza dari segi rupa dan saiz, Orang Utan jantan dewasa mempunyai pipi yang keluar dari mukanya atau "cheek pads" dan dapat memanggil betina dan lawan menggunakan jeritan yang kuat. Orang Utan jantan yang muda tidak mempunyai "cheek pads" dan rupanya seperti Orang Utan betina yang dewasa. Orang Utan adalah spesies Mawas yang paling suka bersendirian, kehidupan sosial Orang Utan hanya terhad kepada Ibu dan anaknya. Anak Orang Utan tinggal bersama dengan ibunya selama 2 tahun. Orang Utan boleh hidup selama 30 tahun.

Orang Utan adalah antara haiwan yang paling bijak di dunia, mereka dapat menggunakan pelbagai alat yang kompleks dan membina sarang dengan menggunakan kayu dan daun. Mereka dapat memahami bahasa-bahasa Manusia dan juga dapat menggunakan bahasa isyarat walaupun mereka tidak boleh bercakap oleh kerana kord suara yang berbeza dengan Manusia (Kord suara mereka lebih keatas berbanding Manusia dan menghalang mereka menggunakan suara yang lebih kompleks). Orang Utan juga dikatakan mempunyai budaya yang berbeza antara satu-sama lain, setiap kawasan yang mempunyai Orang Utan mempunyai budaya yang lain (seperti penggunaan alat). Kedua-dua spesies Orang Utan dikategorikan sebagai "terancam" oleh IUCN oleh kerana kemusnahan habitat.

Sumber:
http://www.worldwildlife.org/species/orangutan